Rujukan & Contoh Soalan PSEE Penolong Jurutera Gred JA29 di Jabatan Kerajaan Malaysia.
Peperiksaan Online Kemasukan Ke Perkhidmatan Awam (PSEE) bagi jawatan Penolong Jurutera Gred JA29 di Jabatan Kerajaan Malaysia akan di adakan sedikit masa lagi. Amatlah penting bagi para calon untuk lebih bersedia bagi menghadapi peperiksaan ini. Dan untuk itu, Contohsoalan.com akan cuba untuk membantu anda.
Format Peperiksaan Online PSEE Penolong Jurutera Gred JA29 di Jabatan Kerajaan Malaysia
Sejak beberapa tahun lepas, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah beberapa kali mengubah format bagi peperiksaan online pengambilan jawatan kerja kerajaan.
Bagi pengambilan kali ini, format peperiksaan online masih sama mempunyai dua seksyen tetapi skop yang berbeza. Berikut adalah format pepeperiksaan online PSEE sebelum dan selepas 2019.
Sebelum 2019 | Selepas 2019 |
Seksyen A – Pengetahuan Am | Seksyen A -Daya Menyelesaikan Masalah |
Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah | Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris |
Perhatikan perbezaan antara setiap seksyen sebelum dan selepas 2019. Seksyen Pengetahuan Am telah di tiadakan bermula tahun 2019 bagi keseluruhan peperiksaan online PSEE sepanjang 2019. Seksyen tersebut telah di gantikan dengan seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris yang sebelum ini di jalankan secara berasingan.
Format Peperiksaan Online PSEE Penolong Jurutera Gred JA29 di Jabatan Kerajaan Malaysia Tahun 2021.
Bagi tahun 2021, format peperiksaan online PSEE Penolong Jurutera Gred JA29 masing menggunapakai format yang sama iaitu mengandungi dua seksyen :
- Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah
- Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris
Penerangan Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah
Bagi seksyen ini, calon di uji dengan soalan matematik yang melibatkan pengiraan mudah. Untuk menjawab soalan bahagian ini, calon perlu mempunyai kebolehan untuk menginterprasi data dan mencernakan maklumat. Lebih mudah sekiranya calon menggunakan kaedah ringkasan bagi setiap soalan.
Contoh mudah, dalam soalan akan keluar pelbagai nama dan objek. Di sini calon perlu bijak untuk menapis maklumat yang di berikan dengan tepat.
Contoh Soalan : Sebuah kereta bergerak dari Kuala Lumpur ke Kuantan pada jam 9.03 pagi dalam masa 4 jam. Sebuah lori bergerak dari Kuantan ke Kuala Lumpur dalam masa 5 jam pada masa yang sama. Berikan waktu kereta tersebut akan tiba di Kuantan dan lori untuk tiba di Kuala Lumpur.
Penerangan Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris
Untuk Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris, antara bentuk soalan-soalan yang akan ditanya dalam PSEE adalah merupakan soalan berkaitan tatabahasa atau grammar, penggunaan ayat pasif dan aktif, penggunaan ayat pelengkap selain kefahaman memahami maksud teks yang disediakan.
Tidak kurang juga banyak soalan berkaitan dengan ‘synonim‘ iaitu mencari perkataan yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan soalan yang di tanya.
Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah
Di bawah ini adalah antara contoh soalan untuk Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah. Anda bolehlah menjadikannya sebagai rujukan untuk memahami format soalan semasa exam nanti.
1. 22 X 14 – 972 ÷ 9 =
A. 108
B. 200
C. 208
D. 308
Penyelesaian:
(22 x 14) –( 972 ÷ 9)
= 200
2. 84 – 16 X 93 + 72 ÷ 5 =
A. 84 – ( 16 X 93 ) + (72 ÷ 5)
B. 84 – (16 X 93 + 72) ÷ 5
C. (84 – 16) X 93 + 72 ÷ 5
D. 84 – 16 X 93 + 72 ÷ 5
Penyelesaian:
• Selesaikan operasi bahagi atau darab terlebih dahulu.
• Letak kurungan untuk nampak lebih jelas
3. Anas membeli 50 kotak coklat dan setiap kotak mengandungi 215 biji gula-gula. Anas
kemudiannya membungkus semua gula-gula itu secara sama banyak ke dalam 25 paket.
Berapa biji coklatkah yang terdapat dalam setiap paket?
A. 325
B. 350
C. 425
D. 430
Penyelesaian:
215 x 50 = 10,750
10,750 ÷ 25 = 430
4. Harga sebuah beg ialah RM 95 dan harga sebuah dompet ialah RM 11 kurang daripada
harga sebuah beg. Kirakan jumlah harga bagi 22 buah beg dan 33 buah dompet yang sama.
A. RM 2090
B. RM 4862
C. RM 4983
D. RM 4762
Penyelesaian:
Dompet = RM 95 – RM 11 = RM 84
33 dompet = RM 84 X 33 = RM 2772
22 beg = RM 95 x 22 = RM 2090
Jumlah = RM 2772 + RM 2090 = RM 4862
5. Butik Rias menjual sehelai baju melayu dengan harga RM 127 sepasang, sehelai kain
sampin dengan harga RM 88 dan sehelai baju kurung moden dengan harga RM 290
sepasang. Tuan Luqman mempunyai wang sejumlah RM 1713. Dia membeli 3 pasang baju
melayu, sehelai kain sampin dan 4 pasang baju kurung moden. Berapakah baki wang yang
tinggal?
A. RM 84
B. RM 172
C. RM 247
D. RM 1541
Penyelesaian:
Baju melayu = 3 x RM 127 = RM 381
Sampin = RM 88
Kurung Moden = 4 x RM 290 = RM 1160
Jumlah = RM 381 + RM 88 + RM 1160 = RM 1629
Baki wang = RM 1713 – RM 1629 = RM 84
6. Untuk peperiksaan akhir tahun mata pelajaran Sains, 15 mata akan diberikan kepada
setiap jawapan yang betul, -7 untuk setiap jawapan yang salah dan 33 markah bonus untuk
setiap calon. Wai Kit telah menjawab 44 soalan dengan betul dan 6 soalan yang salah. Maka,
jumlah markah yang diperoleh adalah
A. 618
B. 651
C. 702
D. 735
Penyelesaian:
Jawapan betul = 44 x 15 = 660
Jawapan salah = 6 x ( -7) = -42
Bonus= 33
Jumlah markah = 660 + (-42) + 33 = 651
7. Seorang pelajar mengukur suhu sebikar air. Suhu awal ialah 20OC. Berapakah suhu akhir
selepas 5 minit jika suhu naik 25OC setiap minit.
A. 45 OC
B. 125 OC
C. 105 OC
D. 145 OC
Penyelesaian:
25 x 5 = 125
125 + 20 = 145
8. Hasil tambah 5 gandaan pertama bagi 3 ialah
A. 15
B. 45
C. 30
D. 55
Penyelesaian:
Sifir 3 = 3, 6, 9, 12, 15
3+ 6+9+12+15 = 45
9. 223 x 3000 =
A. 669000
B. 223000
C. 696000
D. 666000
Penyelesaian:
223 x 3 = 669
669 x 1000 = 669000
10. (25 x 9) x (11 x 4) =
A. (25 x 3) x (11 x16)
B. (25 x 9) x (55 x 2)
C. (5 x 15) x (11 x 12)
D. (5 x 45) x (44 x 2)
Penyelesaian:
25 x 9 = 5 x 5 x 3 x 3 = ( 5 x 5 x 3 ) x 3 = ( 5 x 15 ) x 3
11 x 4 x 3 = 11 x 12
11. 7 x 96 =
A. ( 600 + 70 )
B. ( 7 x 90 ) + ( 7 x 10 )
C. ( 7 x 9 ) + (7 x 6 )
D. (7 x 100 ) – (7 x 4 )
Penyelesaian:
7 x 100 = 700
7 x 4 = 28
700 – 28 = 672
7 x 96 = 672
12. 5 x 67 =
A. ( 67 x 10 ) ÷ 2
B. ( 67 x 2 ) + ( 67 x 2 )
C. ( 6 x 7 ) x 5
D. ( 5 x 6 ) + ( 5 x 7 )
Penyelesaian:
67 x 10 = 670
670 ÷ 2 = 335
Bandingkan 5 x 67 = 335
12. Apakah nombor seterusnya 4, 10, 16, 22
A. 26
B. 38
C. 44
D. 28
Penyelesaian:
4 + 6 = 10
10 + 6 = 16
16 + 6 = 22
22 + 6 = 28
13. 0.6 (5 + 0.9-0.009)=
A. 35.346
B. 3.5346
C. 353.46
D. 3532.6
Penyelesaian:
5 + 0.9 – 0.009 = 5.891
5.891 x 0.6 = 3.5346
14. Selesaikan 3.34 x 6 – 10.8 ÷ 1.2.
A. 11.04
B. 19.14
C 19.95
D 11.05
Penyelesaian:
3.34 x 6 = 20.04
10.8 ÷ 1.2 = 9
20.04 – 9 = 11.04
15. Purata jisim 6 biji durian ialah 2.087 kg. Jisim 3 biji durian masing-masing ialah 1.39 kg,
1.5kg dan 2.03 kg. Kirakan jisim purata bagi 3 biji durian yang lain?
A. 2.534 kg
B. 4.92 kg
C. 7.53 kg
D. 12.522 kg
Penyelesaian:
2.087 x 6 = 12.522
1.39 + 1.5 + 2.03 = 4.92
12.522 – 4.92 = 7.602
7.602 ÷ 3 = 2.534 kg
16. Asyikin membeli 280 kotak air minuman dengan harga RM 1400. Jika 15 daripada kotak
air minuman telah rosak dan bakinya dijual dengan harga RM 5.50, berapakah keuntungan
yang diperoleh Asyikin sekiranya air minuman itu habis dijual?
A. RM 5.75
B. RM 5.50
C. RM 57.50
D. RM 55.00
Penyelesaian:
280 – 15 (rosak) = 265 (yang masih baik)
265 x 5.5 = RM 1457.50 (harga jual)
Keuntungan = RM 1457.50 (harga jual) – RM 1400 (harga beli) = RM 57.50
17. Seutas tali sepanjang 154.4 m digunakan untuk memagar sebuah kolam ikan berbentuk
segiempat sama. Cari panjang satu sisi kolam ikan tersebut.
A. 38 m 6 cm
B. 38 m 60 cm
C. 38 m 66 cm
D. 38 m 86 cm
Penyelesaian:
154.4 ÷ 4= 38.6 m
1 m = 100 cm
0.6 m = 60 cm
18. 7 tan 29 kg – 3 tan 145 kg=
A. 4 tan 84 kg B. 4 tan 884 kg
C. 3 tan 84 kg D. 3 tan 884 kg
Penyelesaian:
1 tan = 1000 kg
= 6 tan 1029 kg – 3 tan 145 kg
= 3 tan 884 kg
19. Alice berumur 49 tahun 1 bulan. Amar pula 3 tahun 7 bulan lebih muda daripada Alice.
Berapakah umur Amar 5 tahun akan datang?
A. 52 tahun 8 bulan
B. 57 tahun 8 bulan
C. 50 tahun 6 bulan
D. 45 tahun 6 bulan
Penyelesaian:
1 tahun = 12 bulan
49 tahun 1 bulan = 48 tahun 13 bulan
= 48 tahun 13 bulan – 3 tahun 7 bulan
= 45 tahun 6 bulan
Umur 5 tahun akan datang:
45 tahun 6 bulan + 5 tahun = 50 tahun 6 bulan
20. Tae Joon bekerja sambilan di Mc Donald dengan bayaran RM 5.50 sejam. Dia bekerja 9
jam sehari , termasuk membuat kerja lebih masa selama 4 jam pada setiap hari Sabtu dan
Ahad.
Jika bayaran lebih masa adalah RM 4.00 sejam, berapakah gajinya untuk 3 minggu?
A. RM 1071.50
B. RM 1039.50
C. RM 1135.50
D. RM 1351.50
Penyelesaian:
RM 5.50 x 9 jam = RM 49.50 sehari
RM 49.50 x 7 hari x 3 minggu = RM 1039.50 (masa kerja biasa)
RM 4 x 4 jam x 2 hari x 3 minggu = RM 96 (kerja lebih masa)
Jumlah : RM 1039.50 + RM 96 = RM 1135.50
21. Cari waktu bagi 6 jam 19 minit selepas jam 1330…..
A. 7.49 AM
B. 7.49 PM
C. 9.49 AM
D. 9.49 M
Penyelesaian:
1330 + 0619
1949 = 7.49 PM
22. Anis mengambil masa 8 jam 45 minit untuk bergerak dari Mersing ke Ipoh. Dia tiba di
Ipoh pada jam 1820. Pada pukul berapakah Anis bertolak dari Mersing?
A. 9.35 AM
B. 9.35 PM
C. 10.25 AM
D. 10.40 PM
Penyelesaian:
1820 – 0845 = 0935
23. Saiful membeli sebuah Peti Ais dengan harga RM 6000 untuk
kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Saiful membeli
dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Peti Ais selepas
menggunakan kupon diskaun?
A. RM5,640.00
B. RM7,540.00
C. RM4,640.00
D. RM5,540.00
Penyelesaian :
Jumlah potongan
= 6 % x RM6000
= RM 360
Harga sebuah Sofa
= RM 6000 – 360
= RM 5640
24. Dalam syarikat Maju Mekar Sdn Bhd mempunyai 80 orang pekerja. 25% adalah
pekerja pengurusan dan 15% daripadanya adalah pekerja atasan.
Berapakah jumlah pekerja selain daripada pekerja pengurusan dan pekerja atasan?
A. 30 orang
B. 35 orang
C. 48 orang
D. 49 orang
Penyelesaian :
Jumlah pengurusan & atasan
= 25% + 15%
= 40%
Jumlah selain pengurusan & atasan
= 100% – 40%
= 60%
= 0.6 x 80
= 48 orang
25. Nurul mencatat markah 82,91,86 dan 88 dalam empat kertas Ujian
pertengahan tahun. Berapakah markah yang harus dia capai dalam
kertas kelima untuk mendapatkan purata markah 85?
A. 78
B. 82
C. 83
D. 86
Penyelesaian :
(82 + 88 + 86 + 91 + M ) / 5 = 85
347 + M = 425
M = 425 – 347
M = 78
Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah di atas adalah contoh soalan yang sering di tanya dalam peperiksaan online kemasukan ke perkhidmatan awam. Anda perlu memahami cara kerja dan langkah penyelesaian yang perlu di ambil supaya mendapat jawapan yang tepat!
Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris
Di bawah ini pula adalah antara contoh soalan untuk Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris. Anda bolehlah menjadikannya sebagai rujukan untuk memahami format soalan semasa exam nanti. Lihat bagaimana soalan akan di tanya berdasarkan contoh soalan yang di berikan.
Contoh Soalan Kefahaman bahasa Inggeris
Rujukan & Contoh Soalan PSEE Penolong Jurutera JA29 Dari ContohSoalan.Com.
Contoh soalan yang anda lihat di atas adalah sebahagian kecil sahaja. Anda boleh dapatkan lebih banyak contoh soalan dan jawapan berserta nota-nota lengkap mengenai peperiksaan ini yang terkandung dalam Rujukan Penolong Jurutera Gred JA29. Jadi anda memang boleh menggunakannya sebagai panduan anda.
Rujukan ini hanya di buka untuk tempahan dalam masa yang terhad! Anda harus bertindak segera supaya tidak terlambat! Dapatkan rujukan penting ini untuk membantu anda lebih bersedia bagi menghadapi peperiksaan nanti.
Tekan pada link di bawah untuk mendapatkan rujukan lengkap anda.
Nota penting : **Jika selepas 24 jam belum terima akses ke laman download anda, mohon email BUKTI BAYARAN ke email support@rujukankerjaya.com untuk semakan segera.
Bergabunglah dengan Channel Telegram Rujukan SPA kami untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai tips dan panduan peperiksaan dan temuduga SPA.