Contoh Soalan Temuduga SPA Kerja Kerajaan – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di Kementerian dan Jabatan Kerajaan Malaysia.
Di lantik sebagai pegawai di jabatan dan kementerian kerajaan adalah idaman ramai orang. Lebih-lebih lagi mereka yang tahu manfaat dan kebaikan yang bakal di kecapi sekiranya berjaya mendapat kerja sebagai pegawai kerajaan. Namun begitu, tidak semua orang berjaya menggapai impian mereka untuk menjadi pegawai kerajaan dan seringkali ramai yang gagal di peringkat temuduga sekalipun mereka telah lepas ujian dan peperiksaan online bagi jawatan tersebut.
Dengan niat mahu membantu calon kerja kerajaan untuk berjaya dan lulus temuduga, pihak Contoh Soalan akan bantu anda! Di sini kami akan kongsikan tips dan panduan untuk anda lulus temuduga kerja kerajaan. Tips ini pasti sangat berguna untuk anda.
Contoh Soalan Temuduga Yang Biasa Di Tanya.
Contoh-contoh soalan di bawah adalah contoh soalan yang biasa dan pernah di tanya kepada calon ketika sesi temuduga berlangsung. Jangan khuatir jika anda tak tahu pun jawapan untuk soalan berkenaan. Jika anda tak tahu, katakan sahaja anda tak tahu. Jangan pula anda tak tahu tetapi anda buat-buat tahu. Nanti anda di goreng oleh panelis.
Contoh soalan temuduga SPA berkaitan latar belakang dan kelayakan calon
1. Sila perkenalkan diri anda secara ringkas.
2. Kenapa anda yang harus kami pilih, dan bukan calon lain? Apa kelebihan anda??
3. Apa yang menarik minat kami untuk anda diambil bekerja dengan kerajaan?
4. Mengapakah kami patut mengambil anda bekerja dengan kerajaan?
5. Semasa projek akhir disemester anda, apa yang anda lakukan? Minta ceritakan…
6. Apakah kelemahan anda yang harus kami ketahui? Adakah anda melakukan sebarang perkara yang akan membantu anda mengatasi kelemahan tersebut?
Contoh soalan temuduga SPA berkaitan jawatan yang anda pohon.
1. Setakat yang anda tahu, apakah tugas tugas yang bakal dipikul oleh anda jika nanti?
2. Peranan Jabatan & Kementerian ini? (bergantung kepada jawatan yang anda pohon ketika itu)
3. Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiran lain yang perlu ada pada diri anda untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan anda menjadi seorang jurutera yang serba boleh?
4. Apa inisiatif yang anda ingin lakukan?
5. Sumbangan yang boleh anda berikan jika menjawat jawatan yang dipohon.
Contoh soalan temuduga SPA yang berkaitan dengan dasar kerajaan.
1. Kerajaan memperkenalkan konsep KPI (Key Performance Indicator) untuk mengukur kecekapan dan keberkesanan menter- menteri yang dilantik di dalam kabinet. Boleh anda ulas sedikit tentang ini?
2. Selain daripada KPI, apa lagi langkah langkah atau mekanisme yang membolehkan sesebuah majikan mengukur kemampuan seseorang pekerja?
3. Apakah yang anda faham dengan konsep 1Malaysia? Apa pendapat anda dengan konsep dibawa Perdana Menteri Malaysia?
4. Apa yang anda faham dengan intipati belanjawan negara 2018 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia?
5. Senarai dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia?
Perkongsian dari Panel Penemuduga
Seorang panel penemuduga yang bertanggungjawab menemuduga calon penjawat awam telah berkongsi sebab utama calon gagal temuduga.
Menurutnya, sekalipun ramai calon memiliki kelayakan yang lebih, lulus peperiksaan online SPA,
namun mereka terkandas dan gagal sesi temuduga kerana melakukan 2 kesilapan paling besar yang tidak sepatutnya mereka lakukan.
Dua kesilapan itu adalah ;
1. Calon Menipu
2. Calon Overqualified
Calon Menipu Ketika Di Interview / Temuduga
Menurut panel berkenaan, antara kesalahan paling banyak di lakukan oleh calon adalah menipu maklumat diri mereka.
Misal contohnya, calon di soal ada mohon jawatan lain atau tidak? Berapa lama dah mohon dan pernah dapat ke tidak?
Bila di panggil, hadir atau tidak? Pernah tolak tawaran jawatan lain atau tidak?
Semua ini ada dalam sistem JPA, jadi calon tak boleh menipu tentang maklumat diri mereka. Panel boleh semak semuanya kerana semua maklumat depan mata para panel temuduga.
Jadi berhati-hatilah ketika menghadiri temuduga. Jangan lakukan penipuan kerana ianya melibatkan integriti penjawat awam.
Jika anda serius mahu lulus temuduga kerajaan, kami sarankan untuk anda dapatkan panduan temuduga keluaran team kami. Pasti akan sangat-sangat membantu anda nanti.
TEKAN UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PANDUAN INI
Lebih banyak rahsia dan tips bakal di kongsikan kepada anda di dalamnya. Inilah peluang untuk anda lebih bersedia lagi nanti.
Calon Mempunyai Kelayakan Lebih Tinggi.
Seringkali ramai calon yang mempunyai kelayakan pendidikan lebih tinggi daripada jawatan yang di pohon.
Lebih parah lagi ramai yang dah ada kerja tetap lebih daripada gaji jawatan yang di minta tapi masih mahu memohon.
Panelis akan tolak calon seperti ini kecuali jika anda mampu beri sebab dan alasan yang kukuh kenapa anda perlukan jawatan berkenaan.
Jadi di sini, berhati-hatilah dalam memilih jawatan yang anda mohon. Supaya anda tidak merugikan masa, wang dan tenaga anda sendiri nanti.
Dapatkan Tips Dan Rahsia Lulus Temuduga Dari ContohSoalan.
Jika anda serius mahu lulus temuduga kerja kerajaan, dapatkan tips dan panduan temuduga yang pihak kami edarkan.
Tips yang telah membantu beribu-ribu calon sejak 2009 untuk lebih bersedia menghadapi temuduga jawatan kerajaan. Ketahui bagaimana panduan kami mampu membantu anda untuk berpenampilan, beradab dan menjawab soalan panel temuduga nanti.
Lebih daripada itu, kami kongsikan rahsia yang tidak ramai orang tahu di dalamnya mengenai tip and trick untuk menawan hati panel temuduga supaya anda di senarai pendek dan sudah pasti untuk di terima ke jawatan tersebut.
Perlu di ingat, masa depan anda bergantung kepada temuduga yang bakal anda hadapi. Tiada orang lain yang boleh membantu anda melainkan diri anda sendiri.
Kami doakan anda semua berjaya di dalam temuduga anda. Bertindak sekarang!