Berikut adalah contoh soalan Peperiksaan Online Kemasukan ke Perkhidmatan Awam – PSEE SPA. Calon peperiksaan bolehlah mengetahui sedikit sebanyak mengenai contoh soalan peperiksaan ini. Contoh soalan ini boleh di jadikan panduan untuk calon sebelum menghadapi peperiksaan yang bakal di adakan nanti.
Contoh soalan ini adalah antara contoh-contoh soalan yang di tanya dalam peperiksaan online SPA – PSEE. Apa yang di kongsikan di sini boleh anda jadikan rujukan. Calon peperiksaan online SPA yang mahukan rujukan dan panduan untuk persediaan menghadapi peperiksaan online nanti bolehlah mendapatkannya dari sini.
Panduan & Contoh Soalan Peperiksaan Online SPA.
Untuk membantu calon mempersiapkan diri bagi menghadapi peperiksaan online SPA, pihak kami telah mempersiapkan Rujukan Khas Peperiksaan Online PSEE. Rujukan ini di persiapkan dengan mengambil kira format-format terkini peperiksaan online yang bakal anda hadapi nanti.
Untuk makluman anda, panduan peperiksaan online yang lengkap boleh anda dapatkan selepas mengikuti langkah-langkah yang diberikan di bawah. Silakan baca untuk maklumat lanjut.
Untuk mendapatkan rujukan ini, anda boleh membuat pembelian melalui laman tempahan yang diberikan di bawah ini. Sebelum itu anda perlulah mendaftar di laman ini supaya mudah untuk kami membantu anda nanti.
Tujuan Peperiksaan Online Kemasukan Ke Perkhidmatan Awam PSEE
Peperiksaan Online Kemasukan Ke Perkhidmatan Awam – PSEE adalah bertujuan untuk menapis calon yang layak dalam sistem Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Adalah diketahui umum bahawa berjuta-juta pemohon telah mengisi borang permohonan online di laman web SPA dan hanya sedikt sahaja yang betul-betul layak untuk memohon sesuatu jawatan dalam kerajaan.
Daripada yang layak ini, mereka akan di tapis melalui pelbagai cara. Bermula dengan tapisan dalam sistem, di ikuti dengan tapisan peperiksaan online dan pemeriksaan fizikal, kemudiannya, tapisan Program Assessment Center (PAC), dan di kehendaki lulus temuduga sebelum layak untuk menjawat jawatan dalam kerajaan.
Berkhidmat dalam kerajaan adalah idaman ramai orang kerana manfaat yang tidak sedikit yang di perolehi oleh kakitangan kerajaan. Adalah bukan rahsia lagi bahawa sesiapa yang berkhidmat dan menjawat jawatan kerajaan, kehidupan mereka akan lebih mudah. Salah satunya adalah mudah untuk mendapatkan pembiayaan kewangan.
Format Soalan Peperiksaan Online PSEE
Bagi memudahkan calon untuk memahami soalan bagi peperiksaan online ini, kami kongsikan sedikit sebanyak mengenai format soalan peperiksaan online SPA.
Untuk pengetahuan para calon, terdapat 3 seksyen utama bagi setiap peperiksaan online. Namun begitu hanya dua seksyen sahaja yang di pilih. Seksyen-seksyen yang terkandung dalam format peperiksaan online SPA adalah;
a. Pengetahuan Am
b. Daya Menyelesaikan Masalah
c. Kefahaman Bahasa Inggeris.
Seksyen Pengetahuan Am adalah bertujuan untuk menguji pengetahuan calon terhadap perkara-perkara yang berlaku di dunia amnya dan Malaysia khususnya berkaitan dengan isu-isu semasa, hal ehwal politik, dasar-dasar awam pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber kewangan, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, serta keselamatan negara.
Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah pula bertujuan untuk menguji kemampuan calon untuk menyelesaikan masalah melibatkan pengiraan matematik mudah yang sering di lakukan dalam kehidupan seharian. Sesetengahnya juga melibatkan pengiraan matematik berdasarkan jawatan yang di pohon.
Bagi seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris, para calon akan di uji dengan keupayaan untuk memahami ayat, frasa-frasa dan tatabahasa mudah Bahasa Inggeris.
Contoh Soalan Peperiksaan Online SPA
Berikut adalah 10 contoh soalan berkaitan seksyen Peperiksaan Online SPA – PSEE. Contoh-contoh soalan ini bolehlah digunakan sebagai panduan awal calon sebelum mendapatkan rujukan lebih lengkap mengenai peperiksaan online SPA nanti.
Setiap soalan adalah berdasarkan soalan-soalan yang di tanya dalam peperiksaan online SPA yang lepas-lepas. Jadi anda sudah boleh tahu skop soalan yang mungkin akan keluar dalam peperiksaan online PSEE nanti.
Berikut adalah antara contoh-contoh soalan seksyen Pengetahuan Am. Perhatikan dengan teliti skop soalan yang di tanya. Kefahaman anda mengenai perkara ini amat penting supaya lebih mudah untuk anda bersedia.
——— Contoh Soalan Pengetahuan Am PSEE Mula ——–
1. Berikut adalah objektif Pelan Induk Perindustrian kecuali
A ) mengimport dan menyerap teknologi lebih sofistikated.
B ) menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara.
C ) meninggikan tahap penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi tempatan.
D ) menjadikan sektor perkilangan sebagai catalyst pertumbuhan perindustrian negara.
2. Organisasi berikut merupakan organisasi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kecuali
A ) World Health Organization.
B ) International Monetary Fund.
C ) International Civil Aviation Organization.
D ) Civil Rights International Foundation.
3. Yang manakah bukan ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada wang kertas Malaysia?
A ) Mikrofilem
B ) Jalur hologram
C ) Cetakan intaglio
D ) Benang keselamatan
4. Taman asuhan kanak-kanak dikategorikan kepada
I . rumah
II . tempat kerja
III . rumah kedai
IV . institusi
A ) I dan II
B ) II dan IV
C ) I, II dan IV
D ) II, III dan IV
5. Kewarganegaraan Malaysia boleh diperolehi dengan kaedah berikut kecuali
A ) kuatkuasa undang-undang.
B ) penganugerahan taraf.
C ) percantuman wilayah.
D ) pendaftaran.
6. Siapakah yang mengetuai Badan Perundangan, Badan Pemerintah dan Badan Kehakiman?
A ) Peguam Negara
B ) Perdana Menteri
C ) Yang di-Pertuan Agong
D ) Yang di-Pertua Dewan Negara
7. Sebuah komputer yang diserang oleh virus, cecacing atau trojan mempunyai tanda-tanda berikut
I . ingatan utama melebihi dari jangkaan.
II . perubahan pada sistem.
III . program dan fail sedia ada hilang.
IV . fail menjadi korup.
A ) I dan II
B ) III dan IV
C ) I, III dan IV
D ) II, III, dan I
8. Berikut merupakan perkara-perkara di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan kecuali
A ) Perkapalan dan Pelayaran.
B ) Pertanian dan Perhutanan.
C ) Perdagangan dan Perusahaan.
D ) Perhubungan dan Pengangkutan
9. Klinik Nur Sejahtera LPPKN adalah sebuah klinik yang berkonsepkan kesejahteraan. Perkhidmatan yang disediakan di klinik ini ialah
I . Pengurusan Kesihatan Kanak-kanak.
II . Saringan kanser reproduktif.
III . Ujian makmal kesuburan.
IV . Perkhidmatan perancang keluarga.
A ) I, II dan III
B ) I, II dan IV
C ) I, III dan IV
D ) II, III dan IV
10. Negeri yang dikenali sebagai Jelapang Padi Negara.
A ) Perak
B ) Kelantan
C ) Kedah
D ) Sarawak
——— Contoh Soalan Pengetahuan Am PSEE Tamat ——–
Untuk contoh soalan lebih lengkap dengan nota-nota yang boleh anda jadikan rujukan yang berguna, anda bolehlah mendapatkan rujukan di bawah.
Dapatkan Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Online SPA PSEE
Anda boleh mendapatkan Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Online SPA – PSEE melalui laman tempahan yang diberikan di bawah. Rujukan ini mampu membantu persiapan anda untuk menghadapi peperiksaan online nanti.
Dalam rujukan khas ini mengandungi 3 seksyen yang boleh anda pilih bagi membantu persiapan anda nanti.
- Ekstra Seksyen A – Pengetahuan Am
- Ekstra Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
- Ekstra Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris
Jadilah yang terawal untuk melakukan persediaan supaya kelak anda mampu mendapat keputusan yang lebih baik.
Nota penting : **Jika selepas 24 jam belum terima akses ke laman download anda, mohon email BUKTI BAYARAN ke email support@rujukankerjaya.com untuk semakan segera.